Kira guna kalkulator TNB, jangan pakai sembang walaun

Oleh AHMAD MURSI

Sebanyak 85 peratus pengguna elektrik guna kurang RM220 (600kWh) dan TIADA SST.

Kalau guna 700kWj bil elektrik RM289.68. Cukai 6% baru RM3.28. Lepas 1 Mac, jadi 8% naik RM4.37. Bertambah RM1.09.

Kita ambil contoh ekstrem. Guna di rumah 1,500kWj dengan bil RM769, tambahan SST 2% hanya RM10.

Ingat orang kaya dengan bil mewah seperti itu hairan ke RM10 tu? Celah gigi sahaja.

Yang terlebih pakai tu memang layaklah contribute.

Yang tukang bising (dengan bahasa yang kesat) bukan di kalangan 15% yang kaya raya tu. Tak perlu memgamuk sangat bila orang kaya contribute pada yang susah.

Ada yang kata “saya sakit, pakai mesin oksigen dan lain-lain”.

Dalam dunia ini tentulah banyak kes khas, tapi itu tidak menjadikan majoriti manusia guna mesin oksigen di rumah. Hal seperti ini mesti diberi bantuan lain.

Bak kata Menteri Besar Kedah, Sanusi bila naikkan cukai tanah dan bil air:

“Kamu nak banyak kemudahan, tapi nak bayar sedikit, mana nak cari duit tampung kos mengurus tu?”. Walaun tak bangkang?

Ada yang kata “saya duduk berdua, bil RM220 sebulan. Saya tak kaya”.

Belajarlah bersyukur. Kamu guna RM110 untuk seorang tapi kamu tak rasa kaya ke?

Peralatan elektrik apa kamu guna di rumah?

Jangan ingat semua rakyat sama pakai aircond melampau-lampau, mesin Coway 24 jam, penapis angin, TV besar, peti sejuk ‘mega’, pakai kereta elektrik. Ramai lagi yang susah.

Kalau tak tambah cukai orang kaya untuk tambah hasil, takkan nak cukai orang miskin pula?

Hasil tak bertambah, maksudnya hutang negara bertambah bila belanja negara defisit, beban anak cucu kita juga bertambah.

Pengguna subsidi kerajaan terbesar ialah golongan kaya raya yang pakai kereta besar beberapa buah, minyak sekali isi RM200.

Orang miskin yang guna motor kapcai sekali isi minyak RM7 saja. Sebab itu agihan kekayaan dan bantuan mesti disusun balik. PADU itulah permulaannya.

Kira guna kalkulator TNB di sini. Jangan pakai kalkulator walaun.

BACA JUGA Tidak terkesan dengan kenaikan caj, 8 juta pengguna air dikecuali SST