Dr Hafidzah tunai janji, baiki kemudahan Pasar Siti Khadijah
Adun Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim menunaikan janjinya untuk menambah baik beberapa kemudahan di Pasar Siti Khadijah termasuk memastikan isu kebersihan.
Dr Hafidzah baru-baru ini mengunjungi pasar tersebut untuk meninjau projek kecil pembaikan pasar besar yang menjadi ikon Kelantan itu
Dengan kerjasama daripada Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan (ICUJPM), pembaharuan dan pembaikan berjaya dilakukan dalam usaha untuk menceriakan pasar.
“Perkara yang menarik perhatian saya adalah ruang legar rehat yang telah disediakan untuk pengunjung. Ia merupakan tempat yang selesa untuk menunggu dan berehat.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha ini.
“Semoga kita terus bersama-sama menjadikan Pasar Siti Khadijah sebagai destinasi yang lebih baik dan menarik untuk pengunjung tempatan dan pelancong,” ujarnya dalam hantaran di media sosial miliknya
Sebelum ini Dr Hafidzah menyatakan komitmennya terhadap Pasar Siti Khadijah selepas beliau memenangi DUN Kota Lama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu.
Beliau mengotakan janji dengan melakukan penaiktarafan di ruang legar rehat yang disediakan untuk pengunjung.
BACA JUGA Haram cium hajar aswad jika timbul masalah lain, kata bekas Mufti Wilayah