Kisah ‘Godfather Malaysia’

Oleh LIYANA MARZUKI

Mahkamah menolak permohonan Tun Daim

Apa yang dipohon?

Untuk mahkamah menyemak keabsahan penyiasatan SPRM yang membawa kepada pembekuan aset Tun Daim, isteri dan anak-anak, termasuk penyitaan Menara Ilham.

Membatalkan pendakwaan kes mereka berikutan kegagalan mengisytiharkan harta
Mahkamah putuskan:

  • semakan atas penyiasatan DITOLAK kerana pasukan Tun Daim gagal tunjukkan adanya “mala fide” atau “niat jahat” SPRM. Ini berikutan penyiasatan adalah berdasarkan pendedahan media antarabangsa mengenai Kertas Pandora.
  • ⁠tuduhan “pendakwaan terpilih” kerana Tun Daim menjadi musuh politik Perdana Menteri Malaysia perlu dibangkitkan dalam kes di Mahkamah Jenayah bukan Mahkaman Sivil.
  • ⁠permohonan untuk membatalkan kes jenayah perlu dibangkitkan ketika perbicaraan kes tersebut, Mahkamah Sivil tiada bidang kuasa.

Apa yang Tun Daim gunakan?

Prinsip undang-undang “nullum tempus occurrit regi” bermaksud “no time runs against the King” .

Peguam Daim berhujah, kes ini sudah 20 tahun, jadi SPRM tidak sepatutnya ambil tindakan kerana sudah lama.

Mahkamah membalas hujah ini dengan mengatakan tiada had masa untuk mendakwa bagi kes jenayah.

Prinsip undang-undang had masa itu tidak terpakai. Walaupun kes sudah lama terjadi, masih lagi boleh diambil tindakan.

Makanya, kes jenayah tersebut perlu diteruskan di Mahkamah Tinggi.

Tun Daim Zainuddin

Ulasan saya:

Kes pendakwaan yang dilakukan ke atas Tun Daim adalah kegagalan mengisytiharkan harta bagi harta yang disyaki terlibat dalam pengubahan wang haram.

Ini merupakan kesalahan yang disarankan oleh United Nation dan Bank Dunia untuk diambil oleh negara-negara yang terdedah kepada kleptokrasi dan jenayah sindiket antarabangsa. Dipanggil “illicit enrichment” atau “unexplained wealth”.

Atau bahasa marhaennya: Kekayaan yang tidak boleh diperjelaskan.

Sebagai bekas Menteri Kewangan, kita hargai jasa beliau kepada negara.

Namun, he owes it to the public, untuk menerangkan bagaimana isteri dan anak-anak beliau boleh jadi kaya raya sejak usia muda ketika beliau jadi Menteri Kewangan.

Ramai di kalangan pemimpin UMNO seperti TS Ku Li dan pemimpin lain pernah mengeluarkan dakwaan, Tun Daim seleweng harta parti UMNO dan secara peribadi, dapat keuntungan besar daripada penswastaan.

Maka, kita harap melalui kes ini Tun Daim boleh cuci nama, dakwaan itu salah belaka.
Namun, kalau enggan ishtihar harta, takut orang pikir lain pula.

*LIYANA MARZUKI merupakan pengamal undang-undang yang ingin mendidik masyarakat mengenai politik, demokrasi dan melawan propaganda.

BACA JUGA Bukan saja kerajaan, rakyat perlu juga menilai pembangkang