Geng ultra tak nampak realiti populasi Muslim negara ini

Selagi geng ultra tak nampak realiti populasi Muslim di negara ini dibimbangi masyarakat semakin berpecah, tegas pengamal undang-undang, Liyana Marzuki.

Menurutnya, peratusan Muslim di Malaysia antara yang sedikit berbanding negara Islam lain iaitu 61.3 peratus atau 20 juta orang.

Sehubungan itu, beliau berpendapat sukar untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini sebaliknya yang paling sesuai adalah corak pemerintahan Islam progresif dan moderate.

“Jadi, untuk buat hukum hudud dan nak jadi negara Islam sepenuhnya seperti Iran dan Afghanistan itu, memang payahla. Sebab mereka 99 peratus Muslim.

“Itu sebab corak pemerintahan Islam progresif dan moderate yang paling sesuai di negara kita. Kita ni berbilang bangsa,” katanya lagi.

Berdasarkan statistik populasi Muslim di dunia, negara Islam fundamentalist rata-ratanya menghampiri 100 peratus, antaranya Arab Saudi, Iran dan Afghanistan.

Sementara itu, negara Islam moderate memiliki penduduk Muslim sekitar 60 hingga 87 peratus.

Antaranya, Brunei mempunyai 80.9 peratus Muslim iaitu 337,000 orang manakala Indonesia terdiri daripada 87 peratus penduduk beragama Islam atau 241 juta Muslim.

Bagi Malaysia, agama Islam diangkat sebagai Agama Persekutuan dan membenarkan kira-kira 40 peratus rakyat bukan Muslim mengamalkan agama masing-masing.

BACA JUGA MP Pas disindir guna sumber Wikipedia ketika berhujah isu bak kut teh

Â