‘Tiada cadangan bangunkan negara, Hadi dapat 12 minit sembang pasal burung’
Orang ramai dilihat mengecam Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang sembang pasal burung tiung dan burung kakak tua di Dewan Rakyat semalam.
Rata-rata menyifatkan Ahli Parlimen Marang tersebut seperti ahli zoologi dengan sudah banyak nama binatang disebutnya ketika menyerang musuh politiknya.
“Bab menyamakan binatang dengan orang memang kepakaran dia.
“Kerenggalah, burung kakak tua lah, tiunglah. Dia pulak apa? Nanti bila binatangkan dia, ramai meroyan.
“Dia ni boleh bercakap dengan binatang ke? Banyak binatang dah ni kalau dikira satu-satu,” demikian antara komen warga maya.
Semalam, Hadi yang jarang hadir ke Parlimen menggelar kerajaan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim ibarat ‘burung tiung’ yang hanya tahu mengikut sahaja kata-kata ‘tuannya’, tanpa memahami maksudnya.
Dia juga secara sinis menganggap pemimpin kerajaan sebagai ‘burung kakak tua’, dan baginya, walaupun ‘tua’ tetapi tidak tahu bercakap.
BACA JUGA Selalu tiada di Parlimen, sekali datang gelar kerajaan ibarat burung tiung, burung kakak tua