Ugutan sebagai amaran agar Nga tidak cabar Islam-Polis

Surat layang ugutan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan memberikan amaran kepada Nga agar tidak “mencabar Islam, kata pihak polis.

Ketua polis daerah Manjung ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata ibu Nga telah membuat laporan polis pada jam 10.15 pagi ini.

“Wanita tersebut seorang pesara melihat surat-surat ugutan di hadapan rumahnya memberikan amaran kepada Nga agar tidak mencabar Islam ketika dia keluar rumah pada pukul 7.30 pagi.

“Pengadu percaya surat ditulis dengan niat jahat,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes sedang disiasat di bawah seksyen 507 Kanun Keseksaan yang menjenayahkan ugutan jenayah menerusi komunikasi tanpa penama.

Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman dua tahun penjara dan denda.

DAP Perak telah mengutuk kejadian ini.

Dalam bulam Januari, sepupu Nga, Datuk Ngeh Koo Ham ditimpa kejadian percubaan untuk menyebabkan kebakawan yang menyebabkan kerosakan pada bahagian rumah dan tiga kenderaannya.