Kertas siasatan ke atas Hadi dirujuk ke pejabat Peguam Negara

Kertas siasatan ke atas presiden Pas Tan Sri Hadi Awang telah pun dihantar kepada pejabat Peguam Negara (AGC), kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Abdul Hadi sudah dirakam percakapan pada Selasa lalu oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“Kertas siasatan sudah dilengkapkan dan kita sudah hantar pada AGC untuk tindakan lanjut,” kata beliau, lapor Berita Harian.

Kenyataan Hadi telah direkodkan pada hari Selasa di Bukit Aman.

Hadi disiasat di bawah seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 berhubung rencana bertajuk “Ketinggian Islam wajib dipertahankan” yang disiarkan di ruang Minda Presiden di akhbar Harakah.

Ekoran itu Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah melahirkan rasa duka cita kerana Hadi tidak beradab dalam penulisannya.

Hadi telah mengutuskan warkah menjunjung kasih kepada baginda sebelum disoalsiasat.