Guru sanggup habiskan bonus RM2,000 demi ceriakan kelas anak murid

Seorang guru rela berkorban demi anak muridnya dengan  menggunakan bonus RM2,000 yang diberikan kerajaan kepada penjawat awam, untuk membaiki dan mengubahsuai kelas pelajarnya.

Lebih mengagumkan, Kamaruddin Mohd Darwin, 28, mengambil inisiatif itu walaupun baru tiga bulan menjadi pendidik dan ditugaskan mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Air Tawar 4, Kota Tinggi, Johor.

Pada bulan lalu, semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak telah menerima bayaran insentif sebanyak RM2,000 daripada kerajaan.

Guru

Menerusi perkongsian di aplikasi X, Kamaruddin menunjukkan beberapa gambar hasil kerjanya selepas seminggu proses pengubahsuaian dilakukan atas bantuan ibu bapa, dan guru-guru senior.

“Ini hasil saya kerja saya walaupun baru 3 bulan dekat sekolah ini! InsyaAllah jika dberikan tugas saya akan laksanakan dengan sebaik mungkin pada masa yang akan datang

“Ambil masa seminggu untuk siapkan kelas ini. Ini bukan hasil kerja saya seorang tanpa bantuan ibu bapa, kakitangan pembersihan skat4 dan guru-guru senior yang turut sama menyumbangkn idea serta pentandbir skat4 dan tak lupa juga PIBG,” katanya.

Menurut Kamaruddin, dia menggunakan waktu cuti sekolah yang ada bagi menyiapkan projek berkenaan.

“Sepatutnya cuti sekolah sebulan namun saya datang dua minggu lebih awal untuk siapkan projek keceriaan kelas sampai awal minggu ini,” tambahnya lagi.

Guru

BACA JUGA Taufiq Johari tamatkan zaman bujang, kelibat Perdana Menteri pula curi tumpuan