Ini 20 senarai semak untuk beribadah sepanjang Ramadan, bacaan al-Quran pun boleh khatam
Lakukan sejumlah solat sunat mengiringi setiap solat fadhu lima waktu dan baca al-Quran paling kurang empat muka surat selepas habis sembahyang sepanjang Ramadan ini.
Itu perkara utama yang perlu dilakukan secara istiqamah dalam 20 senarai semak yang dikongsikan Ustaz Shamsuri Haji Ahmad.
Apa lagi pada bulan Ramadan inilah, dibukakan pintu syurga lantaran banyaknya amal soleh yang disyariatkan.
Oleh itu, pastikan setiap hari kita bangun dan…:
- Solat Tahajjud
- Bersahur
- Solat Qabliyah Subuh – 2 rakaat
- Solat Subuh berjamaah
- Baca al-Quran – 4 muka surat
- Solat Dhuha (min 2 rakaat)
- Solat Qabliyah Zohor – 4 rakaat
- Solat Zohor berjamaah
- Solat Ba’diyah Zohor – 4 rakaat
- Baca al-Quran – 4 muka surat
- Solat Qabliyah Asar – 2 rakaat
- Solat Asar berjamaah
- Baca al-Quran 4 muka surat @ 8 muka surat
- Buka puasa tepat pada masa
- Solat Maghrib berjamaah
- Solat Ba’diyah Maghrib – 2 rakaat
- Solat Isyak berjamaah
- Solat Ba’diyah Isyak – 2 rakaat
- Solat Tarawih
- Baca al-Quran – 4 muka surat
📖 (al-Quran 20 muka surat = 1 Juzuk)
❗ Jaga mata
❗ Jaga mulut
❗ Jaga telinga
💰 Bersedekah setiap hari RM1 @ RM5
Jumlah sebulan Ramadhan – RM30 @ RM150
🌴 Buat KEBAIKAN sebanyak-banyaknya.
Semoga Allah menerima segala amalan kita.
BACA JUGA Awas ‘geng plastik hitam’, lokasi kaki ponteng puasa sudah dikenal pasti