Jaket kulit PMX jadi tumpuan orang ramai

Bukan sut atau kot, sebaliknya penampilan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik menjejakkan kaki di bumi Jerman, sememangnya menjadi buah mulut warga maya.

Penampilan figura politik berusia 76 itu pantas mencuri perhatian, apatah lagi beliau mengenakan jaket kulit hitam berkilat ketika melangkah keluar dari pesawat khas yang membawa beliau.

”Lawa jaket PMX!

”Dah macam artis dah Datuk Seri!

”Segak PM Malaysia!,” demikian antara komentar daripada warga maya di Facebook Anwar.

Umum juga mengetahui sememangnya Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu suka mengamalkan gaya hidup sihat.

Dalam kesibukan menggalas tanggungjawab kepada negara dan masyarakat, beliau tetap tidak lupa untuk menjaga kesihatan diri dan stamina.

Menerusi hantaran gambar yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya sebelum ini, Anwar dilihat gemar melakukan aktiviti riadah seperti berlari dan senaman.

Justeru, tidak hairan apabila ada yang dapat ‘mengenal pasti’ bahawa Ahli Parlimen Port Dickson itu sebagai seorang yang ‘fit’.

”Tenaga macam orang muda! Terbaik PMX!

”Syukur, Alhamdulillah masih bertenaga walaupun berusia. Semoga Allah lindungi kalian dalam perjalanan ini.

Dalam masa sama, tidak kurang pula ada yang mendoakan anak jati Bukit Mertajam berkenaan.

All the best and good luck for your future! PMX! Keep up the amazing work!

”Moga Allah merahmati.

”Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu,” itu antara doa yang dititipkan rakyat Malaysia kepada beliau.

Perdana Menteri tiba di kota Berlin hari ini bagi lawatan rasmi selama lima hari atas jemputan kerajaan Jerman.

Semakan Harapan Daily mendapati suhu semasa di Berlin ketika ini adalah sembilan darjah Celsius.

BACA JUGA PM Anwar jalan kaki pun walaun ramai ‘sentap’