Kerja PMX tarik pelabur, pembangkang pula takutkan pelabur

Oleh AHMAD MURSI

Apabila kerajaan mengumumkan pelaburan diluluskan RM329.5 bilion terbesar dalam sejarah, pembangkang gelisah.

Semasa kerajaan Tebuk Atap, diumumkan juga lulus ‘pelaburan terbesar dalam sejarah’ tetapi tidak pula dipertikai PN-Pas.

PMX ke hulu dan ke hilir mempromosi dan berjumpa syarikat-syarikat dan pelabur. Kelmarin, di Australia, hari ini di Jerman (rakan dagang terbesar dalam kalangan negara Eropah).

Pembangkang pula setiap hari membuat cerita dongeng ‘tebuk atap’ dan mewujudkan sentimen negatif untuk takutkan pelabur.

Tun Mahathir turut menasihati ‘orang luar’ supaya tidak perlu datang ke Malaysia.

Orang seperti Isham Jalil pula setiap hari cuba meyakinkan seakan-akan Malaysia kini bukan destinasi pelaburan terbaik.

Penutupan kilang Goodyear sengaja diperbesarkan. Walhal, itu sebahagian daripada pelan penstrukturan semula syarikat Goodyear seluruh dunia untuk menjimatkan USD1 bilion sebelum 2025.

Banyak kilang Goodyear lain turut ditutup di UK, Jerman, Amerika Syarikat (AS) dan lain-lain.

Berniaga ni kan ada pasang surut. Pasaran tayar pun dah banyak berubah.

Haji Hadi berucap di Parlimen mengkritik nilai pelaburan yang diumumkan.

Namun, saya juga tertanya, berapa ramai pelabur Timur Tengah yang berjaya ditarik semasa dia menjadi duta khas bertaraf menteri (dan berpencen)?

Gambar-gambar berjumpa syarikat-syarikat dan pelabur-pelabur Timur Tengah tidak kelihatan berbanding gambar-gambar memancing ikan yang lebih banyak disebarkan.

PMX pula agresif berjumpa kapten-kapten syarikat terkemuka. Tentulah ada yang berjaya, ada yang tidak.

Namun, lebih banyak promosi, lebih besarlah peluang kita.

Di Australia, PMX berjumpa 18 syarikat malah berjumpa secara satu dengan satu untuk mendengar pandangan.

Syarikat mohon keizinan melabur dengan RM24.5 bilion nilai pelaburan dan 1,200 potensi peluang kerja mahir dijana.

Kita dapat juga potensi RM962.1 juta nilai eksport daripada pelbagai produk.

Berbanding pembangkang yang hanya jadi ‘jaguh kampung’, PMX memanfaatkan hubungan baiknya dengan pemimpin dunia.

Kebolehan PMX berbahasa Inggeris dengan mantap membina hubungan diplomatik dengan pemimpin antarabangsa, menarik pelabur-pelabur asing dan juga menyuarakan pendirian kita khasnya isu di Gaza.

BACA JUGA Ringgit lemah sebab faktor luar, data ekonomi kita masih baik