Lagu Teman Sejati nyanyian PN rupanya dicipta untuk Anwar

”Baru betul, kena pada orangnya.”

Itu antara reaksi pengguna TikTok, Ajay yang meninggalkan komentar selepas melihat satu video tular di laman sosial berkenaan.

Video berdurasi 2 minit 20 saat itu memaparkan bekas vokalis kumpulan Brothers, Yasin Sulaiman menyanyikan lagu berjudul Teman Sejati.

Dalam video yang ditularkan kembali itu, kelihatan sosok tubuh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut bersama beliau ialah Setiausaha Politik Kanannya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama-sama menyanyikan lagu tentang sahabat dan perjuangan itu.

Semakan Harapan Daily mendapati rakaman nyanyian Yasin bersama Anwar dan pemimpin PKR itu sempena pelancaran Pertubuhan Generasi Keadilan Malaysia pada 6 Julai 2019 di ibu negara.

”Lagu yang sesuai dengan salur perjuangan bukannya pengkhianatan.

”Lagu asal untuk DSAI dan teman hingga berjaya jadi PMX.. Alhamdulillah.

”Alhamdulillah, lagu ni khas cipta untuk PMX tersayang,” demikian antara komentar daripada warga maya.

Selain itu, terdapat juga warga maya yang menyifatkan lagu tersebut tidak bersesuaian ketika Perikatan Nasional (PN) menyanyikannya.

”Ini baru sesuai… Masa PN nyanyi macam tak kena je.

”Ada geng tu pun nk guna jugak lagu ni… depa tak ada lagu ke?,” soal seorang pengguna laman sosial itu.

BACA JUGA Lagu “Hoi Ya Hoi…penyamun” tetap relevan, tarik perhatian – Altimet