Wan Azizah teruja lihat Ayob Khan tebar roti canai

Reaksi teruja isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melihat Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay menebar roti canai turut menarik perhatian warganet.

Menerusi klip video yang dikongsi di TikTok, Wan Azizah turut bertepuk tangan melihatkan kelincahan Timbalan Ketua Polis Negara itu mencanai roti.

Beberapa netizen pula memberitahu ayah Ayob Khan ada membuka kedai makan di Tanah Merah, Pendang di Kedah.

“Memang Datuk Ayob Khan tebar roti canai dengan ayah dia waktu kecil pun dulu,” kata pengguna TikTok, Muhammad Fitri.

Dalam masa sama, ada juga berseloroh mengaitkan Datuk Ayob dengan ketangkasannya membanteras jenayah.

Terdapat juga warganet yang menyarankan tokoh berkenaan membuka cawangan kedai roti canai di seluruh negara selepas bersara yang dijamin akan laris.

“Jangan main-main siapa jadi penyakau Datuk Ayob Khan ‘lipat’ macam buat roti.

“Kita jangan tak tahu. Dia tepis, kilas peluru pun macam tu. Itulah kelebihan Datuk Seri Ayob Khan.

“Wow Datuk Seri Ayob Khan. Nanti pencen boleh buka kedai roti canai… gerenti laris punya. Syabas Datuk Seri,” demikian antara coretan warganet.

BACA JUGA Jaket kulit PMX jadi tumpuan orang ramai