Tohmahan penderaan, kematian tahanan HRW tiada bukti

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan laporan Human Rights Watch berkenaan dakwaan penderaan dan kematian dalam depoh tahanan imigresen yang dikatakan sesak seluruh negara.

“Terdapat 20 depot di negara kita dengan kapasiti 20,650 orang. Sehingga 7 Mac 2024 jumlah yang tinggal di depot ialah 13,635 orang. Ia under capacity, jadi dakwaan laporan HRW tertolaj dengan senditinya.

“Biar angka berbicara. Adakah sesak. Jawapannya tidak.”

Menurut Saifuddin tahanan teramai ialah dari Myanmar seramai 4,541 orang diikuti Indonesia 3,797 orang dan Filipina 2,914 orang. Tahanan Bangladesh 1000 orang, Thailand 329 dan lain-lain 1054 orang.

Mereka yang ditahan terdiri daripada mereka yang selesai menjalani hukuman penjara dan menunggu diusir, tahanan di bawah Akta Imigresen dan pemegang kad UNHCR yang melakukan kesalahan,

Saifuddin turut menyatakan bahawa kerajaan membelanjakan RM123 juta pada tahun lalu untuk pengurusan depot dimana RM80 juta adalah untuk perbelanjaan makanan dan bakinya untuk duit tambang perjalanan.

Beliau turut mendedahkan bahawa dakwaan HRW telah disiasat oleh Jawatankuasa Khas Parlimen yang diketuai oleh William Leong (PH-Selayang).

“HRW juga diminta beri keterangan.

“Ketika diminta pembuktian dimana penderaan dan kematian berlaku, satu cebis bukti pun mereka tak dapat kemukakan tapi laporan disyarah satu dunia.”

Saifuddin berkata demikian ketika menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) dalam sesi jawapan menteri.

BACA JUGA: Hak asasi pelarian dan kebebasan media dibahas dalam sesi pertanyaan menteri