Disyaki alami gejala, Menteri Kesihatan dirujuk ke hospital

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dirujuk ke jabatan kecemasan sebuah hospital awal pagi tadi selepas disyaki mengalami gejala ‘renal colic’.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

”Menteri Kesihatan kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan.

“Sama-sama kita doakan agar beliau diberikan kesihatan yang baik dan kembali pulih untuk bertugas,” maklum kementerian itu.

Gejala ‘renal colic’ boleh mengakibatkan pesakit mengalami sakit di bahagian kiri atau kanan pinggang, bahagian bawah belakang badan atau abdomen.

BACA JUGA HTO, DHD fokus utama Dr Dzulkefly tahun ini