Peruntukan khas PM hanya pelengkap

Peruntukan khas Perdana Menteri untuk kawasan parlimen bersifat sebagai tambahan dan pelengkap kepada peruntukan kawasan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.

Beliau mendedahkan perkara tersebut dalam jawapan bertulis kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar).

“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, di bawah Rolling Plan 4, Tahun 2024, sebanyak 40 projek daripada pelbagai kementerian telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan dengan peruntukan RM316,530,700.00 disalurkan untuk kawasan Muar, Johor,” Dr Zaliha berkata dalam jawapan bertulis.

Syed Saddiq bertanya penjelasan berhubung dengan isu tidak menerima peruntukan kawasan meskipun telah berunding Timbalan Perdana Menteri tiga kali.

BACA JUGA: Malaysia bakal ikut langkah negara lain tutup TikTok? Ini jawapan muktamad Fahmi