Selepas Kampung Baru, bak kut teh kini giliran kantin sekolah

Oleh NORMAN RADZUAN

Adakah kita sedang menuju negara ‘ala Taliban’? Hak bangsa lain seolah-olah tiada tempat dalam negara.

Isu perkauman apa hari ini? Seperti saya tulis buka mata hingga tutup mata saban hari kita disajikan isu perkauman dan agama.

Dari isu Kampung Baru sebagai tapak warisan, bak kut teh nak dijadikan makanan warisan dijadikan isu sedangkan Pas juga dulu lancarkan bak kut teh.

Semalam, Ketua Dewan Ulama Pas, Ahmad Yahya beranggapan arahan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek supaya kantin sekolah mesti beroperasi seperti biasa sepanjang bulan Ramadan sebagai keterlaluan.

Keterlaluan apa ulama? Saya jadi pelik. Alamak rasis betul sampai kantin sekolah pun jadi bahan polemik.

Sejak dulu lagi kantin di sekolah-sekolah kebangsaan memang dibuka. Kenapa sekarang tidak boleh?

Itu kamu kata nak hapuskan sekolah vernakular? Kalau dihapuskan dan semua kaum duduk satu sekolah bila bulan puasa murid kaum Cina, India dan bukan Islam nak makan di mana?

Punya kolot pemikiran Ketua Ulama Pas langsung tidak menunjukkan akhlak Islam. Adakah benar mereka ini dikatakan Khawarij yg ditakutkan Rasulullah di akhir zaman?

Di mana tolenrasi yang diajar Rasulullah? Adakah kamu ingin membawa pengaruh Taliban di negara ini hingga menidakkan hak orang bukan Islam?

Toleransi mempunyai nilai yang besar dalam Islam kerana ia bermaksud kebebasan dan kesaksamaan tanpa diskriminasi kaum apalagi agama.

Buat kaum bukan Islam yang membaca artikel ini anda jangan salah faham dengan Islam. Yang nampak alim itu belum tentu baik kerana Islam tidak mengajar melihat dari pakaian tetapi dari akhlaknya.

Rasulullah (Messenger Of God) telah menunjukkan kami orang Islam tingkah laku yang sepatutnya ketika berurusan dengan orang bukan Islam.

Antara pesanan Rasulullah kepada umat Islam, “Apabila kamu melihat jenazah maka bangunlah sehingga ia melintasi kamu.” (walaupun jenazah itu bukan Islam).

Nabi tidak diutus untuk menghalang manusia yang tidak mengikut Baginda daripada sebarang kebebasan. Sebaliknya, baginda melayan mereka dengan penuh toleransi.

Kita bab puasa disebabkan kita berpuasa, hak orang bukan Islam mahu makan kita halang. Punya teruk perangai kita semata-mata ingin menanamkan kebencian pada bukan Islam.

Apa lemah sangatkah iman kamu wahai ulama? Nampak orang makan terliur? Belajarlah apa yang Nabi tunjukkan.

Ingat, Islam ajar dan suruh patuhi hak-hak orang bukan Islam. Maaf cakap, kalian telah membenihkan umat Islam yang kolot di negara ini.

Islam tidak melarang umatnya untuk bergaul secara baik serta bersikap jujur terhadap penganut agama lain, selama mereka tidak memerangi Islam.

Rasulullah banyak bersabar dengan kerenah yang ditimbulkan oleh orang Yahudi. Dalam satu riwayat diceritakan sikap hormat Nabi ke atas rombongan 60 orang delegasi Kristian yang datang menemuinya.

Mereka diterima Nabi menginap di Masjid Nabawi serta sebahagiannya di rumah sahabat Nabi.

Mereka tinggal beberapa hari dan sempat melakukan ibadah cara mereka di Masjid Nabawi walaupun sebelum ini mereka meminta izin utk beribadat di luar masjid.

Itu sebahagian dari cerita tolenrasi baginda. Mengapa kita tidak boleh berbuat demikian? Patut ulama Pas malu dgn masyarakat Sabah dan Sarawak yang sangat toleransi antara agama dan kaum.

Semalam, baru saya tulis Masjid Negara itu dibina sebahagiannya adalah hasil daripada wang orang bukan Islam.

Itu yang Tunku Abdul Rahman katakan begitu sekali tolenrasi masyarakat bukan Islam hidup di negara ini.

Pembangkang tidak bertanggungjawab ke atas keharmonian kaum di negara ini dengan memainkan persepsi kononnya Islam terancam.

Saya nak tanya orang Melayu di mana terancam Islam sekarang ini?

Kamu tidak boleh pergi solat seperti di Palestin? Masjid tidak boleh azan? Kamu tidak boleh berpuasa? Tiada makanan halal lagi? Tiada lagi jawatan Agong di negara kita sebagai Ketua Agama?

Saya bertanya sendiri di mana terancamnya Islam kepada saudara terdekat. Mereka sendiri tidak dapat menjawab.

Ia bukan soal politik tetapi yang sedihnya menjadi mangsa atau terfitnah adalah agama Islam sendiri.

Orang bukan Islam melihat betapa teruknya agama ini dengan sifat-sifat perkauman yang dimainkan saban hari.

Cukup-cukup kesian rakyat di bawah yang terpengaruh dengan persepsi fitnah tersebut.

Lihat komen-komen mereka di media sosial. Terus-terang saya katakan bahaya untuk masa depan negara.

Dari sudut politik, saya suka kerana bila pembangkang kerap memainkan isu ini mereka akan ‘overkill’.

Kelebihan kepada kerajaan kerana 42% masyarakat bukan Melayu pasti menolak mereka dan 30% intelektual Melayu akan menolak parti ekstrem.

BACA JUGA Isu buka kantin bulan puasa, PN-Pas ambil peluang menghasut