Video Anwar bidas wartawan Jerman tuai perhatian, warganet sempat petik nama Mahiaddin
Jawapan tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada seorang wartawan Jerman yang membangkitkan persoalan berunsur berat sebelah mengenai isu konflik di Palestin, menjadi tumpuan ramai.
Ketika sidang media bersama Canselor Jerman Olaf Scholz di Berlin semalam, Anwar mendapat perhatian media asing apabila ditanya mengenai rakyat Israel yang masih lagi menjadi tawanan Hamas sejak 7 Oktober tahun lalu.
Menerusi video berdurasi tiga minit yang beredar di media sosial, Anwar dengan tegas mengkritik negara Barat kerana kurang bertindak terhadap kekejaman Israel di Gaza tetapi mereka terus mengecam Hamas.
Anwar berkata, beliau menolak keras naratif yang dimainkan negara barat mengenai ‘obsesi’ 7 Oktober untuk membenarkan tindakan mereka.
Sedangkan kata beliau, ia telah bermula lebih lama, sekitar empat dekad sebelum kejadian pada 7 Oktober.
Video itu ternyata mendapat perhatian ramai sehingga menjadi topik perbincangan pengguna media sosial di pelbagai platform.
Mereka antara lain mengatakan kekaguman dengan kelantangan Anwar mengkritik negara barat sedangkan ketika itu di sebelahnya adalah pemimpin yang menyokong Israel.
Pada masa sama, pengguna media sosial juga memetik nama bekas Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Md Yasin yang dikenali dengan ucapannya yang sering berpandukan PDF semata-mata.
Mereka menganggap pemimpin tertinggi Perikatan Nasional tidak akan mampu menandingi kelantangan Anwar dan video yang tular itu membuktikan usaha Anwar dalam membela rakyat Palestin.
“Perdana Menteri bila menjawab soalan tentang Palestin pasti beliau menjawab dengan penuh semangat seolah-olah beliau berada di Malaysia. Beliau tidak sedikit pun merasa tertekan sekalipun pemimpin di sebelahnya itu adalah negara penyokong Israel,” komen Awatif.
“Kalau Midin, dari awal dia mintak MC alasan cirit. Kalau Hadi, dari awal ke laut pergi tangkap tenggiri. Kalau Nusi, dia mungkin bawak translator lepas tu duk cakap bahasa Kedah dia,” komen pula Asri.
Ada juga yang menyebut (mention) nama Datuk Seri Shahidan Kassim di X kerana pernah mengkritik Anwar mengenai isu Palestin
“@Shahidan ini hang kata dia tak buat apa-apa untuk Palestin lagi? Hang buat apa?,” komen pengguna lain.
“Pehh jawab macam ni depan Jerman, another level PMX,” komen Nurshuhada.
BACA JUGA Jawapan balas Anwar buat golongan pro pengganas ternganga
Â