Kurma Israel panaskan MQT

Isu panas dalam sesi pertanyaan menteri (MQT) hari ini adalah berkaitan pembongkaran buah kurma Israel yang dibawa ke Malaysia sedangkan Malaysia mengambil pendirian memnoikot produk dan tidak mengiktiraf negara Timur Tengah tersebut.

Isu ini dibangkitkan oleh Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali. Beliau mahu mengetahui tindakan yang akan diambil oleh kerajaan.

Sesi jawab lisan pula bermula dengan isu kenaikan harga ayam yang mendadak dan subsidi telur yang dibangkitkan oleh Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Dr Halimah Ali (PN-Kapar) pula membangkitkan isu rokok termasuk termasuk vape dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah kepada Menteri Kesihatan.

Dua rang undang – undang dikemukakan untuk bacaan kali pertama iaitu RUU Perbekalan Tambahan (2023) 2024 dan RUU Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024.

Ahli jemaah menteri pula akan meneruskan sesi penggulungan mereka hari ini.

BACA JUGA: Karenah di Dewan Rakyat