Rakyat Malaysia akan kemurungan tanpa lagu raya Aliff Syukri

Orang ramai dilihat menyambut baik khabar daripada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri yang tidak mengeluarkan lagu sempena Hari Raya untuk tahun ini.

Reaksi sinis itu membanjiri laman Facebook rasmi ‘Aliff Syukri Terlajak Laris’ dengan antara lain turut menganggap mereka sembuh daripada kemurungan.

“Alhamdulillah, akhirnya ada juga berita baik dari Datuk ye.

“Terbaik Datuk. Sejujurnya Datuk ada bakat terpendam yang perlu terus dipendam.

“Abaikan Datuk kata-kata netizen. Saya sentiasa di belakang mereka.

“Alhamdulillah. Kurang sikit 1 dosa rakyat Malaysia. Terima kasih dato,” demikian antara kata warganaet.

Terdahulu, Aliff Syukri mendakwa komposer yang sepatutnya menghasilkan lagu untuknya sudah berpaling tadah.

Kata usahawan yang dikenali dengan imej berbaju ketat dan terkinja-kinja bersama barisan penari dalam lagu-lagu raya yang diterbitkan, komposer berkenaan menyerahkan lagu itu kepada artis lain.

“Maaf semua sebab saya kecewakan korang. Saya mungkin tak dapat keluarkan lagu raya tahun ni.

“Sebab saya kecewa dengan industri muzik Malaysia yang tidak pernah menghargai bakat saya.

Klip daripada video muzik lagu ‘Chu Ku Chuk Raya’ nyanyian Aliff Syukri tahun lalu.

“Saya terpaksa membawa diri untuk menunjukkan bakat saya keluar negara di mana rakyat mereka lebih menghargai saya.

“Maaf, rakyat Malaysia anda akan kemurungan tanpa lagu raya ini,” kata pengasas produk kecantikan Qu Puteh itu lagi.

BACA JUGA Tanpa lagu malar segar bagaikan beraya tanpa ketupat dan rendang

Â