Malaysia paling banyak eksport cip ke AS, walaun masih sembang bak kut teh
Malaysia paling banyak mengeksport cip ke Amerika Syarikat (AS) tetapi pembangkang yang biasanya dipanggil walaun masih sembang isu bak kut teh dan tutup kantin sekolah.
Menerusi TikTok Ayuh Malaysia, pembicara memberitahu bahawa satu perlima cip di AS sahaja diimport dari negara ini mengikut laporan Financial Times.
Katanya, rekod itu adalah lebih banyak berbanding AS mengimport cip dari Jepun dan Korea Selatan.
“Malaysia pada masa ini juga pengeksport cip keenam terbesar di dunia.
“Namun, itu masih tidak cukup. Kita masih lagi tersekat di sektor back end.
“Kita hanya pasang dan cuba cip. Untuk cip ini kita masih perlu fokus kepada perkara-perkara yang lebih produktif.
“Antaranya seperti water fabrication atau pun integrated circle design,” katanya lagi.
Oleh sebab itu, ujarnya, Kerajaan Perpaduan melancarkan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 bagi merangsang secara berkesan sektor semikonduktor di negara ini.
“Ini juga salah satu cara untuk meningkatkan nilai ringgit dalam jangka masa panjang melalui permintaan global terhadap pengeluaran cip
“Jadi, kawan-kawan kita pun sebenarnya ada peranan untuk bantu Malaysia.
“Pertama, buat anak muda ceburilah sektor elektrik dan elektronik juga bidang rekabentuk dan pembuatan.
“Kedua, jauhilah perbincangan walaun-walaun Pas tentang bak kut teh dan tutup kantin sekolah yang tidak bermanfaat pun buat negara,” tegasnya lagi.
BACA JUGA 100 syarikat teknologi disasar raih RM1 bilion setahun
Â