Pemikiran Khawarij dalam isu kantin sekolah

Oleh AHMAD MURSI

Membangkang hal polisi adalah perkara biasa dalam sistem demokrasi, masalahnya ialah perbuatan MENGHUKUM.

Cubalah apabila mengkritik, datangkan hujah, maslahah, pro dan kontra tanpa perlu menghukum.

Waktu Haji Hadi berbahas di Parlimen isu ‘pencen’, terus dihukum ‘tidak Madani’ dan ‘tidak ikut cara Rasulullah’.

Walhal, Kelantan lebih awal tukar dari skim pencen kepada KWSP.

Ustaz-ustaz Pas menulis bahawa menjual makanan waktu siang bulan puasa ada khilaf.

Selepas mereka memilih ‘pandangan yang tepat’ di sisi mereka, maka dipaksa semua mesti ikut pandangan itu.

Sebelum timbul isu ini, Ustaz Azhar Idrus pun berpendapat hal itu tidak haram secara mutlak.

Ketua Dewan Ulama Pas Pusat merangkap Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Ahmad Yahaya menganggap pengumuman bahawa kantin sekolah mesti dibuka pada Ramadan adalah ‘keterlaluan’ dan tidak menghormati bulan puasa.

Masalahnya, mereka mula menjatuhkan hukum kepada lawan politik yang tidak sependapat dengan pelbagai label.

Maka dituduh ‘Islam Liberal’ kerana kononnya nak menggalakkan pelajar Melayu untuk tidak berpuasa.

Haji Hadi pula sebelum ini telah menghukumkan liberal dengan ‘KAFIR MURTAD’ dalam tulisannya bulan lalu.

Dari hal ranting (furu’) yang khilafiyah, kini wacana itu telah menjadi isu akidah.

Begitulah gaya politik Khawarij sepanjang zaman.

Saya percaya, gaya politik ini akan membawa gelombang baru budaya takfiri dan ghuluw jika tidak dibendung sama seperti Haji Hadi cetuskannya pada tahun 1981.

Hal itulah kemudiannya mengorbankan 14 individu dalam peristiwa Memali dan berlaku perpecahan yang dahsyat dalam kalangan umat Islam.

BACA JUGA Bendung kecurangan pemikiran ala Khawarij dalam kalangan anak muda