Bank Negara ‘sekolahkan’ Wan Saiful

Bank Negara Malaysia (BNM) bertindak ‘menyekolahkan’ wakil rakyat pembangkang, Datuk Wan Saiful Wan Jan berhubung kadar pertukaran ringgit.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu dinasihatkan untuk melakukan semakan terlebih dahulu dengan pihak BNM memandangkan data Google tidak tepat.

“Data kadar pertukaran ringgit yang diterbitkan oleh Google tidak tepat.

“Sila semak data rasmi di laman web kami dan baca kenyataan akhbar di sini,” kata pihak BNM sambil menyertakan pautan berkaitan.

Sejak semalam, tentera siber pro pembangkang dilihat ‘suka’ dengan apa yang mereka anggap kejatuhan nilai ringgit

Apa yang mengejutkan orang ramai apabila Wan Saiful seorang anggota Dewan Rakyat turut ‘terjebak’ dengan naratif tidak betul dimainkan ‘cytro’.

“Antara tanda Ringgit makin mengukuh,” tulis Wan Saiful berkongsikan graf yang sama dimuatnaik oleh Papagomo.

Susulan itu, BNM dalam kenyataan rasmi menafikan data mengenai kadar pertukaran ringgit yang didakwa jatuh ke paras RM4.98 seperti yang tersebar di media sosial.

Menerusi kenyataannya, BNM menegaskan maklumat berkenaan kadar pertukaran mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) kepada Ringgit Malaysia yang diterbitkan Google pada 15 Mac adalah tidak tepat.

BNM berkata, kadar tersebut juga tidak mencerminkan dagangan sebenar memandangkan kadar pertukaran USD/MYR pada semalam berada pada kadar RM4.7015.

BACA JUGA Dakwaan Ringgit jatuh ke paras RM4.98 tidak benar – BNM