Cuaca kering, panas melampaui 35 darjah Celcius
Jabatan Meteorologi Malaysia mengumumkan bahawa kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia dan Sabah akan berdepan cuaca kering dan panas melampaui 35 darjah Celcius selama seminggu.
“Berdasarkan analisis model-model cuaca, MET Malaysia menjangkakan cuaca kering dan panas dengan suhu melebihi 35°C masih berlaku di kebanyakan tempat di Semenanjung dan Sabah sepanjang tempoh ramalan 7 hari ke hadapan.
“Walau bagaimanapun, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang masih berpotensi berlaku di Sarawak pada sebelah petang dan boleh berlarutan hingga ke pagi,” kata jabatan tersebut dalam satu hebahan di Facebook.
Ini bukan kali pertama Malaysia berdepan cuaca panas dan kering.
Masyarakat turut dinasihatkan merujuk laman web www.met.gov.my, media sosial rasmi MET Malaysia dan memuat turun aplikasi myCuaca untuk maklumat terkini dan sahih.
BACA JUGA: 14 daerah catat cuaca panas berjaga-jaga hingga 37 darjah Celcius