Pas gunakan dana anak syarikat agensi Terengganu, Kelantan buat iftar YPU

Pas telah menggunakan dana anak syarikat kerajaan negeri Terengganu dan Kelantan untuk menganjurkan majlis berbuka puasa Yayasan Permata Ummah (YPU) di Bizmilla Event Hall, Putrajaya semalam.

Menurut hantaran ketua pegawai operasi kumpulan Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC), Muhtar Suhaili, syarikatnya rakan strategik dalam acara ini. EPIC telah menyumbang RM5000 untuk program ini dan RM10,000 untuk Dana Tafsir At-Tibyan yang juga anjuran YPU.

Tafsir At Tibyan adalah tafsir yang dibuat oleh Tan Sri Abdul Hadi Awang yang diterbitkan oleh YPU.

Penaung YPU ialah presiden Pas, Abdul Hadi Awang, pengerusinya ialah anak beliau, Muhamad Khalil Abdul Hadi dan Setiausaha Politik beliau, Syahir Sulaiman ialah ahli lembaga pemegang amanah. YPU ditubuhkan pada 2021.

Hadi ialah MP Marang, Khalil Adun Batu Buruk dan Syahir pula MP Bachok.

Penaja utama program ini adalah Yayasan Birrul Walidin yang ditubuhkan oleh bekas timbalan mursyidul am Pas, Datuk Dr Haron Din.

Syarikat dan organisasi berkaitan kerajaan Terengganu yang merupakan penaja pakej emas adalah Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) bersekali dengan Menteri Besar Incorporated Terengganu.

Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan pula adalah syarikat berkaitan kerajaan Kelantan.

Permint Granite Sdn Bhd, anak syarikat kerajaan Terengganu juga menjadi penaja pakej emas program ini yang dipercayai menyumbang sehingga RM10,000 untuk badan Pas ini.

Penaja pakej perak yang memberikan sumbangan RM5,000 setiap satu adalah Paya Bunga Hotel, Terengganu, TDM Plantations dan Kumpulan Medic Iman yang kesemuanya adalah anak syarikat kerajaan negeri Terengganu.

Terengganu Telecommunications Sdn Bhd pula ialah penaja pakej gangsa.

Darul Iman Training merupakan satu lagi anak syarikat Terengganu turut menyumbang tanpa pakej.

Dari segi jumlah sumbangan, pakej perak bernilai RM5000 sebagaimana yang diumumkan Muhtar Suhaili.

BACA JUGA: Ke mana pemimpin Pas, masuk gua ke ketika seluruh dunia puji PMX