Tular dakwaan telur mata dijual RM4.50, ini kata menteri

Telur mata yang dijual pada harga RM4.50 adalah sebahagian daripada set makanan yang ditawarkan dan bukan hanya telur semata-mata.

“Memang ada gerai yang menjual dengan harga RM4.50, tetapi sebenarnya ia adalah satu set nasi kukus dengan telur mata, bilis dan sebagainya.

Itu penjelasan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berhubung dakwaan di media sosial tentang telur mata dijual pada harga RM4.50 di Bazar Bandar Permaisuri, Cheras, baru-baru ini.

Susulan tular perkara itu, beliau berkata, sepasukan pegawai penguat kuasa KPDN telah melakukan pemeriksaan di bazar tersebut, kelmarin

“Contohnya baru-baru ini tular di media sosial telur mata dijual pada harga RM4.50 dan walaupun bukan aduan rasmi, tetapi kita terus menghantar pegawai penguat kuasa ke bazar tersebut.

“Terdapat 60 gerai dan hanya sembilan gerai yang menjual makanan berlauk di mana daripada jumlah itu hanya ada tiga gerai menjual telur mata.

“Apa yang kita lakukan pertama adalah kita hubungi pihak yang membuat aduan, namun beliau sendiri mengakui tidak membeli di gerai tersebut tetapi berjalan sepintas lalu melihat harga RM4.50,” katanya, petik Sinar Harian.

Armizan menjelaskan, pemantauan dilakukan melibatkan pelbagai barangan, dan bukan hanya yang dijual, tetapi turut memeriksa barang makanan.

BACA JUGA: 99% farmasi orang Islam di Selangor sudah jadi panal Lembaga Zakat

Â