Agong bukan patung yang ikut kehendak menteri
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bukan patung yang mengikut segala kehendak menteri, titah baginda.
Baginda menambah bahawa baginda memikul amanah Raja-Raja Melayu untuk menjaga kepentingan rakyat dan negara.
“Saya bukan patung untuk disembah atau dijadikan perhiasan dalam majlis atau dipaksa mengikut segala kata dan kehendak Menteri.
“Kurang dari dua minggu lagi, akan genap dua bulan saya memegang tampuk Ketua Negara. Apabila habis tempoh “bulan madu” ini…, saya akan mulakan cara pemerintahan saya yang sebenar,” titah Seri Paduka.
Baginda bertitah demikian pada Titah Diraja sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan Bagi Tahun 2024 di Istana Negara, hari ini.