Dapat pahala mudah di bulan puasa bantu jiran tetangga di 4,752 kawasan ini
Oleh NAJIB BAKAR
Nak dapat pahala mudah bulan puasa ni? Bantu jiran tetangga kita terutama di 4,752 kawasan ini. Kenapa?
Mengikut data daripada jabatan kerajaan, penduduk di lebih 4,000 kawasan ini tidak pernah menerima apa-apa bantuan daripada kerajaan selama ni sama ada STR, BR1M atau e-kasih.
Penduduk di kawasan terlibat juga tidak ada seorang pun daftar dan kemas kini Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Tapi dalam senarai itu, ada kawasan yang memang tempat tinggal B60, golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Ada banyak flat dan pangsapuri terutama di Lembah Klang.
Mereka inilah yang selama ni termasuk dalam exclusion error. Maksudnya, patut layak dapat bantuan, tapi tercicir.
Sebab itu, kerajaan ambil keputusan beri peluang rakyat Malaysia daftar dan kemas kini PADU. Kerajaan tahu ada banyak kes exclusion error seperti ini.
Bagaimana nak lihat senarai itu?
Anda boleh muat turun di laman web Kementerian Ekonomi di http://ekonomi.gov.my.
Lihat di bahagian “Pengumuman”. Yang terkini adalah “PADU : Muat turun senarai 4,752 lokaliti di seluruh Malaysia yang berisiko keciciran subsidi.”
Tekan di ayat itu, anda boleh muat turun senarai 4,752 kawasan itu.
Saya sertakan satu contoh di gambar. Dalam fail, kawasan dibahagikan mengikut negeri.
Jadi, anda boleh tengok senarai itu. Semak di kejiranan anda, kawasan mana yang berisiko tercicir daripada bantuan.
Bolehlah kerahkan kawan-kawan, NGO, komuniti setempat ke situ untuk bantu mereka daftar dan kemas kini PADU sebelum 31 Mac 2024.
Kesian weh depa kalau terus tercicir daripada bantuan kerajaan.
Sampai bila kita nak biar depa macam tu?
BACA JUGA “Ingatkan tarif air naik, servis makin baik”, penduduk kecewa pengurusan AKSB bermasalah