Ini 7 jenama gergasi dunia bankrap kerana sombong, nombor 6 Gen Z mungkin dah tak kenal

Banyak syarikat dan jenama gergasi dunia kini berlumba-lumba untuk menembusi pasaran tekonologi kerana permintaan yang tinggi. 

Bagaimanapun, ada beberapa jenama yang jatuh tersungkur disebabkan kesombongan mereka sendiri dan tidak sensitif dengan permintaan ramai.

Ini 7 syarikat gergasi dunia yang dulu popular tetapi sekarang dah bankrap di atas kesombongan sendiri. Artikel ini memetik sebahagian maklumat dari seorang pencipta kandungan automotif, Nazz Abdullah.

1) My Space (diasas pada 2004)

Pada Julai 2006, MySpace menjadi media sosial media paling berpengaruh mengatasi Friendster. Kemudiannya muncul Facebook menjadi pesaing terbaru MySpace. Facebook berkembang pesat.

Pengasas Facebook iaitu Mark Zuckerbeg didakwa pernah menawarkan supaya My Space membeli platform FB pada harga RM7 juta tetapi tawaran itu ditolak dan akhirnya MySpace terkubur.

2) Motorola

Motorola antara syarikat pencipta telefon bimbit paling awal. Tetapi sayangnya tidak sempat merasa zaman telefon canggih, dia dah bankrap dulu. Motorola tak pernah sempat pun merasa zaman 3G, 4G, dan 5G.

3) Blockbuster

Syarikat ini merupakan pengeluar utama filem-filem Hollywood melalui sewaan kaset video di kedai-kedai. Ramai yang mengatakan bahawa Netflix yang membunuh syarikat ini. Sebenarnya tidak. Yang bunuh syarikat itu adalah mereka sendiri kerana kesombongan tidak mahu berubah.

Dikatakan, blockbuster ketika itu tidak mahu sewakan DVD kepada online streaming. Pada tahun 2000 Netflix pernah tawar kerjasama dengan blockbuster ini, tapi blockbuster enggan. Akhirnya mereka bankrap.

4) Kodak

Kodak antara syarikat pertama di dunia ini yang mengilhamkan digital kamera. Tetapi disebabkan mereka tidak mahu jualan filem Kodak terjejas, mereka tidak melancarkan digital kamera milik Kodak.

Akhirnya banyak syarikat lain yang cipta digital kamera, menyebabkan Kodak jauh tertinggal di belakang

5) Blackberry

Popular zaman 2008 hingga 2011. Masalah Blackberry ini datang daripada 2 perkara iaitu operator sistem dan keyboard dia. Dikatakan ketika itu mereka masih mahu mengekalkan penggunaan papan kekunci sedangkan orang lain dah masuk skrin sesentuh. 

6) Yahoo

Google dilaporkan pernah menawarkan kepada Yahoo untuk beli Google pada harga RM1 juta, namun ketika itu Yahoo menolak tawaran tersebut. Pada 2002, Yahoo dikatakan mendekati Google untuk membeli platform itu pada harga RM3 bilion. Google pula meminta RM5bilion, namun ditolak oleh Yahoo.

Sedekad selepas itu, Google melonjak lebih jauh meninggalkan Yahoo.

7) Nokia

Syarikat Apple dan Google kenalkan telefon pintar yang guna sistem operasi iOS (Tahun 2007) dan Android (Tahun 2008).

Ramai orang pilih telefon pintar yang ada 2 sistem operasi itu. Tapi Nokia tetap tidak mahu upgrade sistem pada peranti mereka dan masih gunakan sistem operasi Symbian.

Akhirnya pengguna telefon pintar mula tinggalkan jenama ini sebab sistem operasi Symbian dianggap tidak responsif dan tidak dinamik.

BACA JUGA ‘Orang kuat’ sekolah rendah Pas anggap isu sultan lebih sensitif berbanding hina Allah

Â