‘Orang kuat’ sekolah rendah Pas anggap isu sultan lebih sensitif berbanding hina Allah

Heboh dalam kalangan penyokong Pas berkenaan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah yang masih dalam siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Reaksi dengan kenyataan yang sama dikitar semula oleh ramai walaun itu turut melibatkan ‘orang kuat’ sekolah rendah Pas.

Ia termasuk Pengarah Penaziran Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI Malaysia), Kamil Mohd Redzuan.

“Bila jadi isu KK Mart ni baru aku sedar kat Malaysia ni kalau sentuh isu Diraja/Sultan lebih sensitif di mata pemimpin berbanding hina Allah dan Islam ye,” katanya di Facebook.

Semakan Harapan Daily turut mendapati Kamil juga memegang jawatan Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Dewan Pemuda Pas.

Kritikan ‘salin dan tampal’ oleh walaun itu susulan penjualan stoking berkalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart di Sunway, Selangor.

Pembangkang dilihat ‘meraikan’ kebiadaban yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab itu dengan cuba memainkan sentimen isu 3R (agama, kaum, diraja) di media sosial.

Rata-rata individu yang memuatnaik hantaran bermotifkan hasutan itu merupakan penyokong Perikatan Nasional (PN).

Untuk rekod, siasatan polis pada masa ini tertumpu kepada vendor atau pengedar produk berkenaan ke pasaran.

Semalam, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah memberitahu di Dewan Rakyat bahawa satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Shamsul berkata, siasatan akan tetap diteruskan bagi menyiasat dan mendakwa pihak terbabit khususnya yang mengedar dan menjual produk itu walaupun permohonan maaf sudah dibuat KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart), 16 Mac lalu.

Pengasas KK Super Mart, Datuk Seri Dr KK Chai, dalam sidang medianya menyatakan, pengurusan produk itu dibuat sepenuhnya oleh pembekal menerusi sistem sewaan tempat dalam premis kedai serbaneka terbabit tanpa pemantauan pekerja pihaknya.

KK Chai berkata, hasil pemeriksaan ke atas 800 cawangan KK Super Mart di seluruh negara mendapati hanya tiga premis mempunyai stoking terbabit dan 14 pasang tertera kalimah Allah.

BACA JUGA Penghinaan kepada Raja-raja dibuat secara terancang