Akta GEG tidak menjadi kenyataan kerana faktor perlembagaan

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menafikan bahawa Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 (GEG) tidak menjadi kenyataan ekoran daripada pelobi.

Ia sebaliknya berlaku kerana hujahan dari Pejabat Peguam Negara.

“Persoalan keperlembagaan menjadi besar. Hanya itu. Ia tiada kena mengena dengan lobi

“Ketetapan itu dibuat bukan kerana pelobi industri tetapi kerana hujah dari peguam negara,” kata Dr Dzulkefly ketika menjawab soalan susulan daripada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (BEBAS-Muar).

Syed Saddiq bertanya sama ada ia tidak menjadi kerana faktor perlembagaan atau pelobi.

Pada minggu lalu, Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni ketika menjawab dalam sesi jawab lisan mengakui bahawa faktor pengaruh pelobi merupakan antara faktor yang menyebabkan undang-undang tersebut tidak menjadi kenyataan.

BACA JUGA: LKIM usahakan insentif apa untuk belia?