Harga beras import: KPDN bantu jika ada aduan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) boleh membantu menangani jualan beras import melebihi harga ditetapkan kerajaan.
Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, harga beras import sebenarnya di bawah seliaan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
“Kami bantu sekiranya ada aduan sahaja sebab ia membabitkan Akta Kawalselia Padi dan Beras termasuk penguatkuasaan,” katanya, lapor BH.
Fuziah berkata demikian selepas walkabout Bazar Ramadan Rahmah dan pelancaran My Save Food di Bazar Ramadan Sungai Besar hari ini.
Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) bersetuju supaya harga jualan runcit beras import diturunkan antara RM2 hingga RM3 di pasaran berkuat kuasa hari ini.
BACA JUGA Ketua Pemuda Pas dakwa guru Pasti bukan pekerja tapi sukarelawan