KK Mart terima amaran keras Jakim

Rangkaian kedai serbaneka KK Mart telah menerima amaran keras Jabatan Kemajuan Islam Malaysia susulan kontroversi stoking dengan kalimah Allah.

“Jakim sebagai institusi yang bertanggungjawab menyelaras pengurusan hal ehwal Islam di peringkat persekutuan memandang serius terhadap isu ini kerana telah mengguris hati umat Islam,” katanya pada satu kenyataan malam tadi.

“(Jakim) telah memberi amaran keras supaya perkara ini tidak berulang lagi.

“Pihak syarikat juga telah memberi penjelasan mengenainya dan langkah-langkah untuk mengelakkan isu seumpama ini berulang.

“(Syarikat itu) juga bersetuju untuk mengkaji dan mengemaskini semula prosedur operasi standard syarikat,” kata ketua pengarah Jakim, Hakimah Mohd Yusoff dalam satu kenyataan.

Selain Jakim, pihak polis turut menyiasat kes ini susulan penemuan lima pasang stoking dengan kalimah Allah.

KK Mart telah pun meminta maaf dan bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pembekal tersebut.

BACA JUGA: KK Mart cadang ambil tindakan mahkamah terhadap pembekal