Poster bantuan palsu, jangan terpedaya

Poster Bantuan Khas Kewangan Tahun 2024 sebanyak RM700 yang tular di ruangan media sosial sejak semalam, adalah palsu.

Perkara tersebut disahkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi satu status yang dimuat naik di akaun Facebook.

”Maklumat yang tertera di poster berkenaan palsu. Poster itu merupakan dari tahun 2022 yang telah diubah suai,” kata jabatan itu dipetik FMT.

Turut dilampirkan pada status itu adalah poster palsu berkenaan yang menunjukkan infografik tersebut disediakan oleh UKK (Unit Komunikasi Korporat) JPA pada Disember 2022.

Maklumat infografik tersebut terletak di bahagian bawah kanan poster yang palsu itu.

Dalam poster palsu berkenaan turut dinyatakan bahawa bantuan khas itu akan dibayar pada 5 April depan.

BACA JUGA: Kesederhanaan PMX, Agong duduk bersimpuh ketika berbuka bersama tuai perhatian