“Terbaik Selangor, RM200 seorang, dulu RM100 je”

”Terbaik, RM200 seorang guys.. biasa kalau dulu-dulu RM100 je.. kali ni RM200,” itu reaksi Izlin Idris, seorang pengguna laman sosial Facebook.

Dia meninggalkan komentar itu di ruangan komen Facebook milik Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari susulan pengumuman baucar Jom Shopping, hasil inisiatif kerajaan negeri itu.

Untuk rekod, sebanyak 37,550 baucar Jom Shopping bernilai RM200 bakal diagihkan sempena sambutan Aidilfitri bulan depan.

Menurut Exco pembasmian kemiskinan, V Papparaidu program yang menyasarkan golongan memerlukan dan berpendapatan rendah di 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) itu melibatkan peruntukan RM7.510 juta.

Katanya, semua baucar sudah diserahkan kepada semua DUN, manakala bagi urusan agihan pula, ia akan diuruskan oleh wakil rakyat atau penyelaras kawasan.

Mengenai jumlah baucar pula, ia bergantung kepada populasi penduduk dan menurut beliau, semua penerima sudah dikenal pasti dan proses serahan akan dibuat dalam masa terdekat.

Inisiatif kerajaan negeri itu dilihat mendapat pujian daripada warga maya yang turut menyifatkan bahawa bantuan sedemikian dapat meringankan beban keluarga yang terlibat.

”Alhamdulillah. Yeahh! mereka akan dapat sumbangan untuk beli keperluan raya nanti. Tahniah #kitaselangor. Semoga terus memberi manfaat kepada yang lebih memerlukan.

”Satu program yang memberi manfaat kepada rakyat Selangor.

”Alhamdulillah, terbaik Selangor!,” demikian antara komentar yang ditujukan kepada Amirudin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor.

BACA JUGA Kesederhanaan PMX, Agong duduk bersimpuh ketika berbuka bersama tuai perhatian