‘Muka berdoa kena nampak serius, kerut dahi sikit, ok… 1,2,3’

Gambar Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden dengan aksi berdoa dilihat menjadi ‘meme’ atau bahan jenaka.

“Saya tak perlu wang peruntukan kawasan. Saya sukarela mengharap kekayaan di sana,” tertera kapsyen ‘nakal’ itu.

Tularnya meme itu susulan isu guru di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) yang dibayar gaji rendah dari kadar gaji yang ditetapkan di bawah Perintah Gaji Minimum 2022.

Afnan sebelum ini mendakwa guru Pasti bukan pekerja tetapi sukarelawan dan mempersoal keputusan kerajaan untuk memeriksa Pasti di seluruh Semenanjung dan Labuan.

Posisi Afnan yang juga Ahli Parlimen Alor Setar dengan wajah nampak serius berserta dahi sedikit berkerut menarik perhatian netizen termasuk pempengaruh, Najib Bakar.

Pemerhati politik berkenaan kemudiannya mengolah dialog seolah-olah daripada seorang jurugambar.

Ok YB, ready kita nak amik shot, 1,2,3. Aiseh tak boleh la senyum YB.

“Muka berdoa kena nampak serius dan nampak ikhlas walaupun tak. Kerut kening sikit ok 1,2,3. Aaaaa ok ok,” selorohnya di laman Facebook beliau.

Rata-rata warga maya juga melontarkan komentar sinis mengaitkan dilema pendapatan kategori miskin tegar dihadapi golongan pengajar di Pasti atau dipanggil ‘tadika Pas’.

Ada guru Pasti dikatakan memperoleh pendapatan mengajar serendah RM500 sebulan bergantung kepada yuran yang dibayar ibu bapa dan berbeza mengikut kawasan.

Guru-guru di institusi pendidikan awal kendalian Pas itu juga tidak mempunyai caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selain dikatakan tidak dibayar tuntutan kerja lebih masa.

Mereka dibayar gaji begitu rendah ketika kos hidup semakin tinggi ketika dalam masa sama ‘YB’ Pas sakan menyalak pula menuntut peruntukan untuk kawasan yang mereka wakili.

“Ini tang walauntit ustazah Pasti dia kata sukarela… bila tang dia… melalak nak peruntukan.

“Siapa kata kami hadap sangat wang peruntukan tu? Kami memang dengan sukarela akan menggunakan wang kami sendiri untuk membantu penduduk di kawasan kami tapi kalau nak bagi kami sapu jugalah…” demikian antara kata sindiran netizen di media sosial.

BACA JUGA Ketua Pemuda Pas dakwa guru Pasti bukan pekerja tapi sukarelawan