Kerajaan tiada hasrat bina IPT baru
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menegaskan bahawa jumlah institusi pendidikan tinggi (IPT), terutamanya universiti awam sudah mencukupi.
“Pada masa kini, kementerian tidak berhasrat untuk menubuhkan IPT khususnya universiti awam baharu memandangkan jumlah sedia ada sudah mencukupi.
Menurut beliau keutamaan KPT kini adalah membaik pulih untuk mengoptimumkan penggunaan kemudahan yang sedia ada dalam meningkatkan pengambilan pelajar di universiti awam.
“Fokus KPT juga tertumpu kepada bidang-bidang kepakaran baharu bagi memenuhi keperluan industri seperti Kecergasan Buatan (AI), Data Analytic dan TVET.”
Beliau berkata dalam jawapan bertulis kepada P Prabakaran (PH-Batu) yang menyoal sama ada KPT berhasrat membina institusi pendidikan seperti UiTM untum masyarakat India dengan kerjasama dengan MITRA.
Zambry turut menyenaraikan aspek yang menjadi faktor kepada penubuhan sesebuah institusi pengajian tinggi seperti berikut:
Pertama, permintaan semasa yang harus merangkumi keperluan dari perspektif pelajar dan masyarakat semasa yang mesti seimbang dengan saiz populasi;
Kedua, kecukupan dan kesediaan bekalan tenaga pakar dalam sesuatu bidang;
Ketiga, keupayaan menyediakan dan menyelenggara prasarana dengan baik;
Keempat, kemandirian kewangan;
Kelima, prospek dan jenis program yang hendak ditawarkan;
Keenam, risiko pertindihan dan sebarang ketidakpadanan dengan IPT serta program sedia ada.
BACA JUGA: Sudah 7 bulan sejak PM luluskan, apa UMS buat dengan RM3 juta?