KJ pelakon? Apa katanya?

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin tidak menolak kemungkinan untuk menjadi pelakon sekiranya mempunyai peluang ke arah bidang tersebut.

Khairy atau lebih mesra dikenali sebagai KJ, memberitahu bahawa beliau tidak merancang untuk kembali ke arena politik kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian.

”Tidak tahu lagi (aktif semula berpolitik) kerana sedang seronok dengan kerjaya sekarang. Lagipun, tiada sebarang keperluan untuk saya kembali ke dunia politik sekarang.

“Cabang saya masih lagi berada di mata masyarakat sebagai ‘podcaster’, penyampai radio dan duta baju Melayu. Ke mana selepas ini, belum tahu lagi,” katanya dipetik BH.

Beliau ditemui pada majlis tayangan perdana filem pendek terbitan jenama baju Melayu, Elrah Exclusive bertajuk ‘Mak’ di Dadi Cinema, di ibu negara, semalam.

Khairy yang pernah memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan sebelum ini, turut membintangi filem pendek bertajuk ‘Mak’.

“Kalau ada rezeki dan peluang berlakon, Insya Allah, tetapi pengasas Elrah Exclusive, El Azman beritahu dia menyimpan watak saya untuk kempen perniagaan tahun depan.

”Jika ada peluang berlakon filem, saya sedia pertimbangkan,” ujarnya lagi.

BACA LAGI: Persepsi Islam terancam Pas untuk sensasikan isu