Kekosongan DUN Kuala Kubu Baharu belum dibincangkan

Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu ekoran kematian wakil rakyatnya, Lee Kee Hiong pada Khamis belum dibincangkan oleh Pakatan Harapan.

Ini kerana penghormatan perlu diberikan kepada keluarga mendiang untuk berkabung.

“Tidak bincang lagi, tidak bincang apa-apa lagi. Baru lagi (pemergian mendiang). Kita hormat elok-eloklah. Kita tidak bincang lagi.

“Setakat ini, kita tak ada apa-apa. Biar keluarga dia berkabung dahulu barulah kita nak cakap politik,” kata ketua setiausaha Pakatan Harapan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Mendiang Lee, 58, ialah Adun sejak 2013 meninggal dunia kerana kanser.

Dalam perkembangan berkaitan, BN telah menyatakan bahawa ia tidak akan mengetengahkan calon di Kuala Kubu Baharu sebagai tanda setia kawan kepada rakan dalam kerajaan perpaduan.

BACA JUGA: Syor kewarganegaraan oleh KDN dibatalkan