Benarkah tiada lagi Khawarij selepas zaman Saidina Ali?

Oleh AHMAD MURSI

Di sisi Khawarij, pemerintah selain daripada puak mereka kesemuanya zalim, fasik, kapir, murtad.

Hal ni berlaku bukan pada zaman ini sahaja, tetapi di zaman Khulafa’ Rashidin dan khalifah-khalifah seterusnya.

Tidak benar jika menganggap Khawarij hanya wujud zaman Saidina Ali dan tidak wujud lagi selepas itu.

Nabi Muhammad SAW sendiri, dituduh oleh Dzul Khuwaisirah sebagai tidak adil dalam membahagikan harta rampasan perang dan di situlah Nabi sebutkan ciri-ciri Khawarij.

Antaranya, ibadah dan Al-Quran hebat tapi terkeluar dari agama seperti anak panah terkeluar dari busurnya.

Turut dicatat dalam Sirah Umar Abd Aziz dialognya bersama Al-Walid bin Abd Malik tindakan memerangi Khawarij (tahun 86-96H).

Nabi SAW mengingatkan Khawarij akan terus wujud generasi ke generasi dan terus dikalahkan (baginda ulangi lebih 20 kali) hingga timbulnya Dajjal dari barisan terakhir Khawarij. (HR Ibn Majah 174 – Hasan)

Ada yang tanya “kamu kerajaan Saidina Ali ke nak hukum puak ghuluw dan takfiri itu Khawarij?”.

Kerajaan Saidina Ali tidak pernah lagi wujud tetapi fenomena tu akan terus berlaku hingga keluar Dajjal.

Tak betul pihak yang kata istilah Khawarij tidak disebut oleh Nabi kerana ada Hadith soheh Riwayat Ibn Majah (173): “Khawarij anjing-anjingnya ahli neraka”.

Banyak hadith menjelaskan ciri-ciri Khawarij walaupun tidak disebut istilah itu. Ulama-ulama hadith memasukkannya dalam bab ‘Memerangi Khawarij’.

Sikap Khawarij boleh dilihat jelas dengan perilaku ghuluw dan takfir disebabkan politik.

Tidak sama seperti menuduh Mukmin lain sebagai munafik akidah (kafir) kerana hal itu melibatkan batin.

Orang beriman tidaklah menjadi munafik akidah (yang diancam neraka terbawah) dengan hanya melakukan tiga sifat munafik, itu hanya menyerupai sikap orang munafik (munafik amal) seperti dihuraikan oleh Imam Nawawi.

Nabi marah apabila ada sahabat memanggil seseorang munafik:

“Jangan kamu berkata begitu. Bukankah kamu telah melihat dia mengucapkan ‘Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah’, dengan ikhlas kerana Allah?” (HR Bukhari 425).

BACA JUGA Gerakan boikot berjaya, Starbucks kini dalam kerugian besar