Paras air Kelantan terendah, saya cuba bantu pesawah – Pengerusi Kada

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada), Muhammad Husin berkata, pihaknya akan mencari penyelesaian agi membantu petani berikutan paras air Sungai Kelantan yang terendah hari ini.

Menurutnya, paras air sungai Kelantan hari ini hanya 2.48 meter sahaja, dan paling rendah.

“Saya memahami keperluan air untuk dialirkan ke bendang padi para petani, namun untuk kita semua berharap air dapat dipam dari Kemubu ini mustahil buat ketika ini.

“Jadi oleh sebab itu, saya dan pasukan bertungkus lumus mencari penyelesaian lain antaranya inisiatif pam DwiFungsi, tubewell bagi kawasan yang tiada sumber air dan terbaru inisiatif untuk menggunakan kaedah pembenihan awan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dalam masa sama, beliau menggesa pihak kontraktor supaya mempercepatkan proses pembinaan dan mengambil kesempatan waktu kemarau ini untuk menyiapkan apa yang patut.

Terdahulu, Muhammad meninjau tapak pembinaan projek pam Kemubu 3.

Turut serta jurutera Kada dan Timbalan Pengurus Besar, Maznah dan Pengarah Bahagian Kejuruteraan Awam, Wan Mahidin.

BACA JUGA Dah dipindah sekolah pun, guru wanita masih bertemu pelajar di pantai