Pasukan Malaysia, Oman tidak dibenar berlatih di di Stadium Nasional

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tampil memaklumkan bahawa komisioner perlawanan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) tidak membenarkan Malaysia dan Oman berlatih di Stadium Nasional, Bukit Jalil atas faktor cuaca.

Menerusi laman X, Hannah turut mengesahkan gelanggang keramat Harimau Malaya itu sudah mendapat kelulusan komisioner perlawanan untuk digunakan bagi aksi menentang Oman, malam esok.

Beliau turut berkongsikan gambar terkini padang di Stadium Nasional menjelang aksi Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 itu.

“FIFA Match Commissioner (komisioner perlawanan) tidak benarkan pasukan Malaysia dan Oman berlatih di SNBJ (Stadium Nasional) kerana hujan pada waktu petang kebelakangan ini.

“Padang SNBJ sudah mendapat mendapat kelulusan MC (komisioner perlawanan) untuk perlawanan. Penyokong Harimau Malaya digesa turun ke SNBJ untuk berikan sokongan paling padu,” tulis Hannah.

Dalam hal berkaitan, Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Datuk Hans Isaac di ruangan Instagram Story miliknya turut memuat naik gambar padang Stadium Nasional.

“Kita jumpa esok kawan-kawan. 10 malam Stadium Nasional Bukit Jalil,” tertera kapsyen pada gambar itu.

Aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di antara Malaysia dan Oman, dijadualkan pada 10 malam esok di Stadium Nasional.

Sebelum ini, tular di media sosial gambar dan video yang diambil menerusi dron menunjukkan keadaan padang di Stadium Nasional yang kelihatan teruk.

BACA JUGA KK Mart, pembekal stoking dihadap ke mahkamah esok pagi

Â