‘Saya orang kaya gaji RM40,000 sebulan isi minyak harga subsidi’

Seorang pengguna platform X mengemukakan cadangan menarik kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli agar menghasilkan iklan televisyen kreatif berkenaan pelaksanaan subsidi bersasar.

“Patutnya masa ni Rafizi dah buat iklan TV, panggil lima enam talent pakai suit dan dress orang kaya, posing tepi BMW, Merc dekat pam minyak.

“Saya orang kaya. Gaji saya 40k sebulan. Saya pun boleh isi minyak harga subsidi. Macam anda.

“Anda rasa, patut ke?” tulis @AshraffMokhtar menyarankan dialog berbaur sindiran itu.

Dia juga mencadangkan babak berikutnya melibatkan watak jutawan kosmetik yang tidak peduli dengan penjimatan kadar elektrik.

“Lepas tu cut to rumah orang kaya lagi satu.

“Saya jutawan kosmetik. Profit sebulan 3 juta ringgit. Saya buka semua lampu sebab tarif elektrik saya sama je macam anda. Anda rasa, patut ke?”

Rata-rata berpendapat idea tersebut sebagai kreatif dalam menyampaikan mesej kepada rakyat berkenaan pelaksanaan penstrukturan semula subsidi pukal kepada subsidi bersasar tahun ini.

Power dah idea ni kalau buat iklan.

“Padu ni reverse psychology marketing. Memang koyak rabak orang kaya, dan walaun-walaun kaya.

“Agak menarik. Selitkan sikit tentang kemuliaan PMX,” demikian antara komentar warganet.

Kerajaan perlu menanggung sekurang-kurangnya RM2 bilion sebulan bagi kos subsidi petrol jika terus menangguhkan pelaksanaan subsidi bersasar.

Pada masa ini, kerajaan terpaksa menanggung subsidi petrol pukal kira-kira RM2 bilion sebulan yang turut dinikmati golongan kaya.

Bagi subsidi tarif elektrik pula, kerajaan memperuntukkan RM10.76 bilion untuk pengguna domestik dan pengguna bukan domestik kategori voltan rendah (LV) bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2023.

Kerajaan berpendirian golongan T20 tidak harus lagi menikmati subsidi petrol dan tarif elektrik kerana kategori terbabit berkemampuan untuk membayar dengan harga yang lebih kompetitif.

Dalam sesi dialog awam PADU di Shah Alam, 23 Mac lalu, Rafizi memaklumkan bahawa kerajaan sedang mempertimbang cadangan untuk melaksanakan pembayaran atau pengagihan bantuan dalam bentuk pindahan wang tunai secara bulanan langsung kepada rakyat.

Jelasnya, reformasi agihan bantuan sosial rakyat yang tidak pernah ditawarkan itu boleh dilaksanakan melalui PADU dan kaedah itu juga dijangka memberi tambahan pendapatan kepada penerima bantuan.

Walaupun pelaksanaan subsidi bersasar akan membolehkan isi rumah yang layak mendapat pelbagai manfaat dan bantuan, reaksi tentera siber Perikatan Nasional (PN) dilihat sebaliknya.

Penyokong taasub pembangkang yang mesra dipanggil walaun tidak sudah-sudah menyindir gagasan kerajaan Madani sebagai ‘mahal dah ni’.

BACA JUGA Benarkah tiada lagi Khawarij selepas zaman Saidina Ali?