Bersama Mahathir: Keputusan politik terbaik ketika itu
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan bahawa keputusan Pakatan Harapan untuk bersama pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2018 adalah keputusan politik terbaik pada waktu itu.
Ini kerana gabungan faktor politik yang didepani oleh Pakatan Harapan dan Bersatu di bawah Mahathir.
Saifuddin mengimbau pertemuan pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mahathir.
“Dia nak save Malaysia. Anwar nak reform. Ini reconcilable. Physically Anwar di dalam. Yang di luar Tun Mahathir. Kalau kita nak sekalikan (Lim) Guan Eng, (Datuk Seri Mohamad) Mat Sabu, Dr (Wan) Azizah (Wan Ismail)
“Kita buat deal dengan Dr Mahathir. Kita bersedia untuk bersama dengan kamu provided kamu mesti commit dengan agenda reform.
“Yang kedua, kamu transisi. Kamu baru tubuh parti hakikat bahawa kamu mendatangi kami jelas menunjukkan bahawa kamu tak ada kekuatan. Kami sudah established.
Beliau turut mengakui pengaruh Dr Mahathir bagaikan empat inci pada galah untuk memenangkan gabungan Pakatan Harapan pada pilihan raya 2018.
Beliau yang juga ketua setiausaha Pakatan Harapan dan setiausaha agung PKR berkata demikian dalam rancangan audio siar, Keluar Sekejap ketika ditemu ramah oleh Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Shahril Hamdan.
BACA JUGA: Lima peruntukan undang-undang terhadap mereka yang kecam Islam