Lagi murah dari roti john bazar, netizen ucap terima kasih Mydin jual baju raya RM5

Siapa sangka pasar raya Mydin sanggup menawarkan harga runtuh kepada orang ramai apabila menawarkan baju raya rekaannya pada harga RM5 sehelai.

Biarpun ada yang berpendapat bahawa ia adalah stok lama, namun hakikatnya ia amat membantu orang yang tidak berkemampuan untuk memiliki baju baharu di hari raya ini.

Menerusi video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok bernama @abdulazimbinabdulilah, Mydin Mall di Meru, Ipoh itu menonjolkan kelainan dengan tawaran baju raya mampu milik.

Individu itu sendiri juga terkejut melihat harga yang tertera.

“Alhamdulilah geng-geng bapa awak dah ada baju raya modal tak kasar anak sekolah, awal ramadan, raya pula.

“Alhamdulillah terima kasih Mydin, rasa macam nak nangis,” katanya pada kapsyen video tersebut.

Video itu sehingga kini mendapat lebih 500,000 tontonan dengan lebih 11,000 tanda suka.

Tidak hanya itu, di ruangan komen pula ramai yang meluahkan rasa syukur, berpendapat bahawa harga yang ditawarkan dapat mengubat hati mereka yang tidak berkemampuan membeli baju baharu.

“Orang cakap hati-hati kualiti tak cantik. Orang kalau dah susah tak fikir kualiti dah. Dapat baju baru pun dah syukur,” kata seorang pengguna TikTok.

“Ingat lagi masa aku merantau tak balik raya. Gaji belum dapat. Mydin lah penyelamat, dapat baju Melayu RM50 je 1 set. Cantik betul, alhamdulillah, dapat pakai pergi sembahyang raya dan hubungi keluarga,” komen pengguna lain.

“Ramai tak berkemampuan mungkin sebab itu Mydin buat murah bagi merasa juga pakaian raya walaupun nampak lama,” komen lagi yang lain.

Dalam video itu juga, individu tersebut memberitahu bahawa ia bukan review yang dibayar oleh Mydin, tetapi review jujur yang dibuat sendiri.

BACA JUGA Kementerian bagi solusi buat suami takut isi PADU, β€˜confirm’ tak kantoi kahwin 2