Suruh Israel turuti resolusi gencatan senjata: PM Anwar kepada Amerika Syarikat

Dalam menyatakan sokongan penuh kepada Resolusi 2728 yang diputuskan oleh Majlis Keselamatan PBB, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memberikan tekanan kepada Amerika Syarikat agar negara sekutunya, Israel menuruti resolusi gencatan tersebut.

“Amerika Syarikat perlu menekankan kepada sekutunya agar menghormati kemahuan masyarakat antarabangsa, menuruti gencatan senjatan dan membenarkan bantuan kecemasan besar-besaran dan segera.”

Beliau turut menyatakan sokongan penuh kerajaan dan rakyat Malaysia kepada Resolusi 2728 yang memutuskan gencatan senjata segara di Gaza termasuk pembebasan tawanan dan penghantaran bantuan kemanusiaan

“Dalam bulan Ramadan ini adalah bulan untuk renungan, memperkuatkan keimanan dan pulang kepada sanak saudara. Resolusi ini perlu diperkuatkuasakan hari ini,” kata Anwar dalam satu kenyataan.

“Kita perlu membantu rakyat Gaza dari penderitaan yang mereka alami selama enam bulan.”

BACA JUGA: Umno bukan biawak hidup, kata Saifuddin