Umno bukan biawak hidup, kata Saifuddin

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan bahawa Umno ialah biawak hidup meskipun akan ada risiko kekalahan dalam berdepan pilihan raya.

“Baik Umno atau DAP, saya ambil pendekatan ini dan saya tidak apologetik. Mereka adalah partners in struggle dalam konteks unity government sekarang. Barulah unity government boleh move forward.

“Kalau kita nak petik weaknesses dia and put the blame on him. Cop sebagai biawak hidup yang menyusahkan, kita nak speed dan ketengahkan agenda reformasi, hakikatnya ialah those are our partners in struggle.

“Kenapa kita tak boleh ambil pendekatan begitu? Saya fikir itu pendekatan yang lebih praktikal dan munasabah dalam konteks menerajui amanah pemerintahan,” kata Menteri Dalam Negeri itu.

Saifuddin berkata demikian ketika menjawab soalan hos rancangan audio siar Keluar Sekejap, Khairy Jamaluddin Abu Bakar semalam.

Khairy berhujah bahawa Umno pimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah biawak hidup politik kepada Pakatan Harapan.

Saifuddin yang juga adalah setiausaha agung PKR berkata perkara hampir sama telah dilalui partinya ketika menghulurkan ikatan persahabatan dengan DAP.

“Kami dah lalui ini dari dulu lagi, tahun 1999 berkawan dengan DAP, sehingga Pas pun merasakan ini bahana paling besar. They quit. Kami stay. Thick and thin. Sink and swim.

“Angle itu, menanggung biawak hidup. Kami kena tohmah sejak tahun 1999 tapi manusia bernama Anwar Ibrahim ini mengajar kami kalau berkawan, berkawan. Saya pernah ada dalam BN, pernah jadi setiausaha pemuda BN. Waktu itu, 13 ketua parti, apa saja ketua cakap, benar.

“Tidak ada yang tidak benar melainkan benar belaka. Berapa orang berani lawan?” katanya.

Saifuddin turut berkata kerjasama dengan Umno dalam gabungan kerajaan perpaduan adalah berbeza.

“Sekarang berada dalam gabungan, betul-betul menguji your talent.

Put everything on the table. Lets argue and debate.

“Itu pengalaman berbeza.

“Saya tak mahu ambil pendekatan engkau beban. Engkau ada beban dan kelebihan. Paling tidak kelebihan sekarang apa?

“Dia provide 30 (kerusi parlimen),” kata Saifudin menolak pandangan bekas Ketua Pemuda Umno yang telah digantung dari menjadi ahli Umno itu.

BACA JUGA: Bersama Mahathir: Keputusan politik terbaik ketika itu