Waktu Pertanyaan Perdana Menteri hari ini, 2 soalan sahaja?

Waktu pertanyaan perdana menteri yang pada kebiasaanya terdiri daripada tiga soalan. Pada hari ini hanya dua soalan dijadualkan.

Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) bertanya berkenaan kesan kos sara hidup rakyat dan kos pengeluaran industri ekoran kenaikan SST dari enam jepada 8 peratus dan jumlah kutipan hasil negara daripada semua langkah cukai baru tahun ini.

Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) pula meminta data terperinci nama syarikat pelabur Australia dan Jerman yang akan melabur di Malaysia dengan pelaburan masing-masing berjumlah RM25.5 bilion dan RM45.4 bilion, sektor-sektor yang akan dibangunkan dan strategi serta langkah kerajaan mempertingkatkan nilai dagangan eksport tahun ini.

Sesi jawab lisan pula bermula dengan Lim Guan Eng (PH-Bagan) bertanya berkenaan kekurangan pekerja asing, jumlah dan usaha yang diperlukan untuk mengatasi masalah -masalah berbangkit.

Datuk Ahmad Amzad Mohamed (PN-Kuala Terengganu) pula bertanya rancangan Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri untuk meletakkan industri elektrik dan elektronik negara sebagai pusat utama pengeluran semikonduktor dalam mengambil kesempatan persaingan Amerika Syarikat – China dalam Perang Chip.

Bacaan kedua RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 kendalian Menteri Dalam Negeri dijadualkan berlangsung hari ini.

RUU Keselamatan Siber dan beberapa RUU lain turut tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat.

BACA JUGA: Constitution (Amendment) bill tabled for first reading