‘Aunty Bersih’ aktivis gigih, ikon rakyat hingga akhir hayat – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang ‘Aunty Bersih’ atau nama sebenarnya Anne Ooi, yang meninggal dunia semalam di usia 78 tahun.

Beliau menyifatkan mendiang Anne sebagai seorang aktivis yang gigih, malah menjadi teladan kepada generasi penerus untuk terus mendesak membawa perubahan.

“Hari ini (semalam) dilaporkan Anne Ooi atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Aunty Bersih’ meninggal dunia pada umur 78 tahun.

“Saya kenang beliau tidak hanya sebagai aktivis yang gigih, malah merupakan teladan kepada generasi penerus untuk terus mendesak membawa perubahan

“Saya ucap takziah kepada keluarga mendiang Anne dan mendiang ternyata terus gagah di depan menjadi antara ikon rakyat sehingga akhir hayat,” katanya menerusi kenyataan di Facebbok beliau malam tadi.

Kelibat mendiang acapkali dilihat dalam siri demonstrasi jalanan dianjurkan Bersih sebelum ini yang diadakan di ibu negara.

BACA JUGA Guru Pasti disuruh berbohong semasa lawatan JTK?