Kita tak tembak mak mentua, kita tempeleng menantu dia
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan Malaysia tetap tidak melupakan untuk mengangkat isu Palestin dengan menggunakan pelbagai saluran diplomatik.
Beliau berkata, matlamat Malaysia adalah untuk menekan negara-negara yang sentiasa membantu ‘membutakan’ hati dan mata mereka yang menolong Israel.
”Itu tekanan sebenar yang nak kita buat. Negara-negara yang sentiasa sahaja buta hati, buta mata bantu dengan menghantar senjata dan segala peruntukan kepada Israel.
”Alhamdulillah isu ini nampaknya didengari oleh masyarakat antarabangsa.. kita tak boleh tembak mak mentua, kita tempeleng menantu dia,” katanya dalam satu video di TikTok ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat.
Mohamad menjelaskan, Malaysia hanya ingin memberikan tekanan antarabangsa kepada negara yang membantu Israel.
”Kita tahu Israel tidak akan buat apa-apa. Kita tahu siapa Israel dan kita tahu siapa Perdana Menteri Israel.
”Tetapi kita nak memberikan tekanan antarabangsa terhadap negara yang membantu Israel,” tegas beliau lagi.
BACA JUGA Dulu janji siap 2025, sekarang kerajaan Kelantan kata terminal bas KB Sentral siap 2027